Indonesia rancang tutup semua kawasan lacur jelang 2019

JAKARTA: Indonesia merancang untuk menutup semua kawasan pelacuran negara itu menjelang 2019 dalam usahanya bagi menghapus kegiatan pelacuran di negara tersebut, lapor akhbar Jakarta Post semalam (23 Februari).

Pemerintah telah pun menutup 68 kawasan lampu merah itu, dengan 100 lagi akan ditutup dalam masan tiga tahun, kata Menteri Ehwal Sosial Khofifah Indar Parawansa.

Meskipun kegiatan pelacuran tidak dibenarkan di Indonesia, ia berleluasa di kebanyakan bandar utama negara itu.

Gabenor Jakarta sudah pun memulakan langkah berkenaan di bahagian utara ibu kota negara itu, dengan langkah-langkah selanjutnya dirancang Ahad ini.

Pada 2014, datuk bandar Surabaya menutup kawasan pelacuran di bandar tersebut, dipercayai kawasan lampu merah terbesar di Asia Tenggara. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 31
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.