Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia siap tenggelamkan 30 kapal asing kerana tangkap ikan secara haram

Jun 08, 2016 | 10:21 AM



JAKARTA: Seorang menteri Indonesia berkata Jakarta bersedia menenggelamkan 30 kapal berbendera asing yang ditangkap menangkap ikan secara haram di perairan negara itu, dengan jadualnya sedang diatur pihak berkuasa.



"Indonesia tidak akan berkompromi dengan, dan akan sangat tegas dalam mengambil tindakan dan menangkap kapal asing yang didapati menangkap ikan secara haram di perairan Indonesia. Pelanggaran yang dilakukan oleh 30 kapal itu ialah penangkapan ikan secara haram," kata Menteri Ehwal Maritim dan Perikanan, Cik Susi Lahat, kepada wartawan di luar rangka lawatan dua hari beliau ke bandar nelayan di Labuan Bajo, di wilayah timur Nusa Tenggara Timur Indonesia.



Beliau berkata demikian dari dek kapal Agensi Pengawasan Maritim Indonesia di perairan Labuan Bajo pada Isnin (6 Jun) petang.



Cik Susi juga mendedahkan bahawa dalam kejadian terbaru, Armada Barat Tentera Laut Indonesia menahan tiga kapal berbendera Vietnam kerana menangkap ikan secara haram di wilayah Indonesia.



Menurut beliau, tindakan menenggelamkan kapal asing itu dicontohi negara lain.



Baru-baru ini, Argentina menenggelamkan sebuah kapal asing selepas ia ditangkap menangkap ikan secara haram di perairan negara itu, katanya.



"Oleh itu, dasar dan tindakan tegas saya (untuk memerangi penangkapan ikan secara haram) diiktiraf oleh masyarakat antarabangsa. Saya mengambil dasar itu seiring dengan arahan Presiden," katanya.



Beliau berkata perbuatan nelayan asing haram menangkap ikan berlebihan di perairan Indonesia mengakibatkan kerugian besar bagi negara itu dan nelayannya.



Sekarang, ujarnya, pihak berkuasa Indonesia sedang berusaha membersihkan perairan negara itu dengan mengeluarkan jaring dasar laut yang digunakan nelayan asing haram untuk menangkap ikan dan udang yang mempunyai telur. - The Jakarta Post/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >