JAKARTA: Sebuah kapal China dirampas tentera laut Indonesia kerana disyaki menjalankan kegiatan menangkap ikan secara terlarang dekat perairan kepulauan Natuna, Jumaat lalu.
Satu kenyataan media daripada Angkatan Tentera Indonesia kelmarin menyatakan bahawa kapal tenteranya, Oswald Siahaan 354, sedang meronda kawasan perairan itu apabila ia mengesan dan memintas kapal China, Gui Bei Yu.