Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Indonesia tawar destinasi pelancongan baru

Apr 20, 2016 | 04:34 PM



JAKARTA: Indonesia kini sedang mempertingkat promosi pelancongan di Timur Tengah dan China dalam usaha memikat 12 juta pelancong asing melawat negara itu tahun ini dan sehingga 20 juta pada 2019.



Dalam usaha menarik pelancong antarabangsa dari kedua-dua kawasan itu, pemerintah Indonesia sedang membangunkan destinasi pelancongan khusus, lapor agensi berita Antara, hari ini.



Untuk pelancong yang datang dari Timur Tengah, yang kebanyakannya Muslim, sebanyak 10 wilayah sedang dibangunkan sebagai destinasi pelancongan 'Halal'.



Selain itu, pemerintah Indonesia juga sedang mempersiapkan 10 destinasi pelancongan yang dikenali sebagai '10 Bali Baru'.



Kesemua destinasi baru ini dijangka menjadi sepopular pusat peranginan di Pulau Bali.



Menteri Pelancongan Arief Yahya telah menyatakan baru-baru ini bahawa 'Bali Baru' adalah satu penyataan yang mempromosi destinasi baru kepada pelancong agar seramai mungkin dapat mengunjunginya sebagaimana yang dinikmati di Pulau Bali.



Kesemua 10 destinasi baru untuk 2016 termasuk Danau Toba (Sumatra Utara), Belitung (Bangka Belitung), Tanjung Lesung (Banten), Pulau Seribu (Jakarta), Kuil Borobudur (Jawa Tengah), Gunung Bromo (Jawa Timur), Mandalika Lombok (Nusa Tenggara Barat), Pulau Komodo (Nusa Tenggara Timur), Taman Negara Wakatobi (Tenggara Sulawesi), dan Morotai (Maluku Utara).



Bagaimanapun, kedua-dua pelancong Islam dan bukan Islam boleh memilih antara dua jenis destinasi pelancongan sama ada untuk melawat destinasi pelancongan bersifat 'Halal' atau 'Bali Baru'.



Pelancongan bersifat 'Halal' disediakan bukan sahaja untuk Muslim tetapi juga bukan Muslim.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >