Indonesia tutup lima lapangan terbang ekoran letupan gunung berapi

JAKARTA - Pihak berkuasa Indonesia telah menutup lima lapangan terbang hari ini, Jumaat, termasuk pulau-pulau peranginan popular Bali dan Lombok, ekoran letupan gunung berapi, kata seorang jurucakap pengendali lapangan terbang.

"Saya tidak boleh menyatakan sekarang ini berapa ramai penumpang telah terjejas," kata Farid Indra Nugraha, jurucakap bagi pengendali lapangan terbang Angkasa Pura 1.

Syarikat penerbangan Indonesia Garuda telah pun membatalkan semua penerbangannya melibatkan empat lapangan terbang itu, kata syarikat itu menerusi Twitter.

"Bali merupakan hab kedua terbesar dan ini akan juga menjejas penerbangan sambungan antarabangsa kami," kata Ikhsan Rosan, jurucakap syarikat tersebut.

Gunung Raung di Jawa Timur telah meledak sejak hampir seminggu hingga memaksa pembatalan beberapa penerbangan ke dan dari Australia. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 39
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.