Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Industri durian Malaysia terancam dek kelawar berkurangan

Sep 30, 2017 | 03:33 PM



PETALING JAYA: Kelawar semakin berkurangan di hutan Malaysia dan ini boleh menghancurkan industri durian yang bernilai berjuta-juta ringgit, kata penyelidik.

Pakar kelawar Dr Sheema Abdul Aziz berkata penyelidikan pasukannya menunjukkan bahawa kelawar gergasi, yang dikenali sebagai 'keluang' dalam bahasa Melayu, adalah
agen pendebungaan utama pokok durian.

Malangnya, keluang biasanya dibunuh sebagai perosak kerana terdapat tanggapan bahawa bentuknya yang besar - ia yang terbesar daripada semua spesies kelawar - merosakkan pokok durian.

Kajian Dr Sheema, yang termasuk meletak perangkap kamera di pokok durian di Pulau Tioman, bagaimanapun, mendapati sebaliknya: Keluang bukan sahaja tidak merosakkan, malah memainkan peranan penting dalam proses pendebungaan.

Dan pengurangan populasi keluang boleh membawa kepada pengurangan jumlah durian atau kemerosotan mutunya.

"Sebelum ini, orang percaya bahawa keluang makan bunga durian tetapi kajian kami menunjukkan sebaliknya. Mereka tidak memusnahkan bunga, mereka hanya meminum nektar dengan menjilatnya menggunakan lidah mereka.

"Debunga dari bunga melekat pada bulu mereka semasa mereka memakan nektar, dan debunga itu dipindahkan dan disebarkan apabila keluang terbang bergerak untuk makan di pokok lain," kata Dr Sheema.

Beliau juga menyatakan bahawa penyebaran silang, iaitu proses memindahkan debunga dari anter bunga satu tumbuhan kepada stigma bunga tanaman lain daripada spesies yang sama, adalah penting untuk menghasilkan buah sihat.

Kajian terdahulu juga menunjukkan bahawa pokok durian telah berkembang menjadi sangat sesuai untuk pendebungaan melalui kelawar, menjadikan haiwan ini agen pendebungaan utama dan paling berkesan bagi pokok durian.

Industri durian "terhutang besar" besar kepada kelawar, kata Dr Sheema.

Namun, keluang semakin jarang dilihat di kebun di seluruh Semenanjung Malaysia. --
THE STAR/ASIA NEWS NETWORK




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >