Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Ini bukan gurau, kekata 'bom' di KLIA boleh buat anda masuk jel

Bom
May 04, 2016 | 02:19 PM



KUALA LUMPUR: Seramai 15 orang ditahan sejak tahun lalu kerana menyebut perkataan 'bom' di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur dan KLIA2, walaupun mereka bergurau, kata seorang pegawai kanan polis Malaysia pada Rabu (4 Mei) menurut akhbar New Straits Times.



Ketua Polis Daerah, Penolong Pesuruhjaya (AC) Abdul Aziz Ali, dipetik berkata kepada pemberita: "Ramai daripada mereka ditangkap menyebut perkataan 'bom' secara berseloroh di kaunter daftar masuk bagasi dan di kawasan lapangan terbang."



"Orang ramai perlu tahu bahawa ini bukan sesuatu yang anda boleh bergurau kerana ia boleh membawa kesan serius."



Beliau berkata 15 orang dikenakan tuduhan ugutan jenayah di bawah Kod 92 Pelan Kecemasan Lapangan Terbang, yang mengkategorikan pengucapan perkataan 'bom' sebagai satu ancaman dan satu kesalahan serius.



Pesalah boleh dikenakan hukuman penjara hingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.



"Jumlah kes semakin meningkat dan trend ini membimbangkan," kata AC Aziz. "Kami mencatatkan tujuh kes tahun lepas. Tahun ini hingga Selasa, kami mempunyai lapan kes yang dilaporkan."



Malaysia telah meningkatkan langkah keselamatan di hab pengangkutan sejak pengganasan meningkat dan pengeboman di Jakarta Januari lalu dan serangan Brussels pada Mac.



Pengendali lapangan terbang, Malaysia Airports Holdings, berkata ia telah mengetatkan kawalan ke atas pengeluaran pas keselamatan lapangan terbang dan meningkatkan kekerapan rondaan keselamatan dan pemeriksaan lain.



Pemerintah Australia pada Februari mengeluarkan nasihat perjalanan, memberi rakyatnya amaran bahawa serangan pengganas boleh berlaku di Kuala Lumpur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >