PUTRAJAYA: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya memulakan kertas siasatan selepas menerima dua laporan polis mengenai kekecohan yang berlaku ketika sesi Dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) bersama penggiat seni.
Ketua Polis Daerah Putrajaya, Penolong Pesuruhjaya Rosly Hassan, berkata dua laporan itu dibuat oleh pihaknya dan orang awam yang tidak berpuas hati dengan insiden terbabit, selepas melihat video yang tular di media sosial.