LONDON: Iran menggesa Syria supaya memastikan Amerika Syarikat menanggung padah daripada tindakannya melancarkan serangan peluru berpandu ke atas pangkalan udara Syria Jumaat lalu.
Gesaan Iran itu dibuat sedang Russia mengancam tindak balas ketenteraan sekiranya Amerika terus menjadikan Presiden Bashar al-Assad sebagai sasaran.