Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Iran nafi terlibat dalam serangan dron bunuh 3 askar AS di Jordan

Serangan dikhuatiri tingkat ketegangan, cetus kebimbangan konflik lebih luas membabitkan Iran
Jan 29, 2024 | 02:36 PM



WASHINGTON: Duta Iran ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan dalam satu kenyataan pada 29 Januari bahawa ia tidak terlibat dalam serangan yang membunuh tiga askar Amerika Syarikat di timur laut Jordan, berhampiran sempadan Jordan.


Tiga askar Amerika terbunuh dan berpuluh-puluh yang lain cedera selepas serangan dron ke atas tentera Amerika yang ditempatkan di timur laut Jordan berhampiran sempadan Syria, kata Presiden Joe Biden dan pegawai Amerika lain pada 28 Januari.

Ia merupakan serangan pertama terhadap Amerika sejak perang Israel-Hamas tercetus.

Encik Biden menyalahkan kumpulan yang disokong Iran atas serangan itu – yang pertama terhadap tentera Amerika sejak perang Israel-Hamas meletus pada Oktober 2023 dan menyebabkan kejutan gelombang di seluruh Timur Tengah.

“Sementara kami masih mengumpul fakta serangan ini, kami tahu ia dilakukan oleh kumpulan militan radikal yang disokong Iran yang beroperasi di Syria dan Iraq,” kata Encik Biden dalam satu kenyataan sambil berkata pihaknya akan bertindak balas.

Encik Biden kemudian meminta seketika untuk berdiam diri bagi menghormati tiga askar yang terbunuh semasa acara kempen di Carolina Selatan, sambil menambah bahawa “kami akan bertindak balas”.

Setiausaha Pertahanan Amerika, Encik Lloyd Austin, juga mengulangi ancaman itu. Beliau dan pegawai kanan lain memberi taklimat kepada Encik Biden pada awal hari mengenai serangan itu.

Sekurang-kurangnya 34 kakitangan cedera dalam serangan itu, tetapi jumlah itu dijangka meningkat apabila lebih ramai orang mendapatkan rawatan, menurut satu kenyataan dari Komando Pusat Amerika.

Lapan kakitangan telah dipindahkan dari Jordan untuk penjagaan rawatan peringkat lebih tinggi, tetapi berada dalam keadaan stabil.

Jurucakap Hamas, Encik Sami Abu Zuhri, berkata korban tentera “adalah mesej kepada pentadbiran Amerika bahawa pembunuhan orang yang tidak bersalah di Gaza perlu ditamatkan jika tidak mahu berdepan kemarahan keseluruhan dunia Islam”.

Penentang Islam di Iraq, sebuah organisasi militan yang disokong Iran, mengaku bertanggungjawab di atas serangan ke atas tiga pangkalan, termasuk satu di sempadan Jordan-Syria.

Serangan itu adalah peningkatan besar ketegangan di Timur Tengah ekoran serangan kumpulan militan Hamas pada 7 Oktober di Israel membunuh 1,200 orang.

Serangan Israel berikutnya ke atas Gaza telah membunuh lebih daripada 26,000 rakyat Palestin, menurut Kementerian Kesihatan tempatan.

Sejak itu, tentera Amerika telah diserang lebih 150 kali oleh kumpulan yang disokong Iran di Iraq dan Syria, menyebabkan sekurang-kurangnya 70 orang terkorban.

Walaupun Amerika setakat ini tidak terlibat secara langsung dalam peperangan di rantau itu, namun ia telah bertindak balas terhadap kumpulan yang disokong Iran di Iraq dan Syria dan melakukan serangan bagi melumpuhkan keupayaan tentera Houthi Yaman.

“Satu-satunya jawapan kepada serangan ini mestilah tindakan balas tentera yang dahsyat terhadap pasukan pengganas Iran,” kata Senator Republikan, Encik Tom Cotton.

Seorang pegawai kanan Hamas yang disokong Iran, Encik Sami Abu Zuhri, secara langsung mengaitkan serangan itu dengan kempen Israel di Gaza.

“Pencerobohan Amerika-Zionis yang berterusan ke atas Gaza mampu memburukkan keadaan di rantau ini,” tegasnya.

Tentera Amerika berkata, serangan itu berlaku di pangkalan di timur laut Jordan, berhampiran sempadan Syria.

Kerajaan Jordan hanya berkata bahawa serangan itu berlaku di “pos lanjutan” di sepanjang sempadannya dengan Syria. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >