Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Iran uji peluru berpandu baru

Sep 23, 2017 | 04:38 PM



TEHRAN: Iran, hari ini berkata ia berjaya menguji peluru berpandu jarak sederhana, mengingkari arahan Washington yang menunjukkan ia bersedia menarik diri daripada perjanjian nuklear berhubung isu itu.



Stesen televisyen menyiarkan rakaman pelancaran peluru berpandu Khoramshahr, yang dipamerkan buat kali pertama pada perarakan tentera semalam.



Ia tidak menyatakan tarikh ujian walaupun pegawai berkata ia akan diuji 'tidak lama lagi.'



Semalam, Presiden Hassan Rouhani berkata bahawa Iran akan menguatkan keupayaan peluru berpandunya dan tidak meminta kebenaran mana-mana negara, menolak permintaan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump. 



Rouhani berucap semasa upacara perarakan tentera di mana sebuah agensi berita menyatakan salah satu senjata yang dipamerkan adalah peluru berpandu balistik baru dengan jarak 2,000 kilometer, yang mampu membawa beberapa peledak. 



Semasa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu Selasa lalu, Trump berkata Iran sedang membina keupayaan peluru berpandu dan menuduh Iran mempengaruhi pengganasan ke Yaman, Syria dan kawasan lain di Timur Tengah. 



Dalam ucapan yang disiarkan di saluran televisyen tempatan, Rouhani berkata: 

“Kami akan meningkatkan kuasa ketenteraan kami sebagai penghalang. 

“Kami akan mengukuhkan keupayaan peluru berpandu kami...Kami tidak akan meminta kebenaran dari sesiapa untuk mempertahankan negara kami.”

 

“Kesemua negara seluruh dunia menyokong perjanjian nuklear semasa Perhimpunan Agung PBB tahun ini...kecuali Amerika Syarikat dan rejim Zionis (Israel),” kata Rouhani. - Reuters/AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >