Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Iraq isytihar perang dengan ISIS berakhir

Dec 10, 2017 | 02:00 PM





Iraq telah mengisytihar bahawa peperangan dengan kumpulan militan ISIS telah berakhir.



Perdana Menteri Haider al-Abadi memberitahu sidang akhbar di Baghdad bahawa tentera Iraq kini berkuasa penuh di sempadan Iraq-Syria.



Zon di sekitar sempadan itu antara yang terakhir dikuasai ISIS, selepas kumpulan militan itu diusir dari bandar Rawa, November lalu.



Jabatan negeri Amerika Syarikat berkata ia mengalu-alukan tarikh tamat ‘penjajahan kejam’ ISIS di Iraq, dan berkata perjuangan menentang kumpulan militan itu akan diteruskan.



Pengumuman Iraq itu dibuat selang dua hari tentera Russia mengisytiharkan bahawa ia telah melengkapkan misi menewaskan ISIS di Syria.



Kumpulan militan itu telah merampas beberapa kawasan luas di Syria dan Iraq pada 2014, apabila ia mengisytiharkan kilafah di kawasan itu dan memaksa sekitar 10 juta penduduk tunduk kepada pemerintahannya.



Namun, ia mengalami rangkaian kekalahan yang bermula dua tahun lalu, termasuk kekalahan di Mosul Julai lalu dan Raqqa - yang dianggap sebagai ibu kota kilafah ISIS - di Syria Utara bulan lalu.



Sebahagian pejuang ISIS dilaporkan telah melarikan diri ke kawasan pedalaman Syria, sementara sebahagian lagi meloloskan diri menerusi sempadan Turkey.



 



Encik Abadi berkata:



“Angkatan bersenjata kami mempunyai kuasa penuh di sempadan Iraq-Syria dan saya ingin mengumumkan bahawa perang dengan Daesh (ISIS) telah berakhir.



 



“Musuh kita hendak membunuh tamadun kita, tetapi kita berjaya mengatasi mereka menerusi tekad dan perpaduan kita. Kita menang dalam masa yang singkat.”








 



Angkatan bersenjata Iraq juga mengeluarkan kenyataan yang berkata Iraw telah ‘dibebaskan sepenuhnya’ dari ISIS.



Jurucakap jabatan negeri Amerika Heather Nauert berkata dalam satu kenyataan bahawa warga Iraq yang hidup di bawah pemerintahan kejam ISIS kini bebas.



Perdana Menteri United Kingdom Theresa May mengucap tahniah kepada Encik Abadi, tetapi memberi amaran bahawa ISIS masih mewakili ancaman, termasuk dari seberang sempadan di



Kekalahan yang dialami ISIS telah mencetus keprihatinan bahawa pejuang ISIS dari luar negeri akan meloloskan diri ke Syria dan mengadakan serangan lain di luar negeri.



 



Peperangan Iraq dengan ISIS




  • Januari 2014: Tentera ISIL merampas kota Falluja dan Ramadi




  • Jun 2014: ISIL merampas Mosul, kota kedua Iraq, selepas perbalahan enam hari




  • 29 Jun 2014: ISIL mengubah nama menjadi ISIS, dan mengisytiharkan kilafah baru di bawah pimpinan Abu Bakr al-Baghdadi




  • Ogos 2014: ISIS menakluki Sinjar. Sekitar 200,000 orang awam, kebanyakan etnik Yazidi, melarikan diri ke pergunununga Sinjar




  • Mac 2015: Angkatan bersenjata Iraw dan militan Shia merampas semula Tikrit




  • Disember 2015: Ramadi dirampas askar Iraq




  • Jun 2016: Falluja jatuh




  • Oktober 2016: Pertempuran di Mosul bermula, melibatkan askar Iraq, militia Shia, Kurdish units dan rakan pakatan antarabangsa




  • Julai 2017: ISIS diusir dari Mosul




  • Disember 2017: Perdana Menteri Iraq mengumumkan peperangan telah berakhir






Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >