Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISIS ancam laksana lebih banyak serangan dalam video baru

Nov 17, 2015 | 03:07 PM



KUMPULAN militan Negara Islam di Iraq and Syria (ISIS) memberi amaran dalam sebuah video baru pada Isnin (16 Nov) bahawa negara yang menyertai serangan udara terhadap Syria akan menerima nasib seperti Perancis, dan mengancam melancar serangan di Washington.


Video itu, yang muncul di laman yang digunakan ISIS untuk menghantar mesej, bermula dengan rakaman sedutan berita mengenai serangan di Paris pada Jumaat lalu (13 Nov), yang membunuh sekurang-kurangnya 129 orang.


Mesej kepada negara yang terlibat dalam apa yang digelarnya sebagai "kempen tentera salib" disampaikan oleh lelaki berbeza yang berpakaian seragam yang kononnya pejuang kumpulan tersebut.


Belum dapat disahkan dengan segera kesahihan video itu, yang kononnya dibuat pejuang ISIS di wilayah Salahuddine, di utara Baghdad.


Pemerintah Perancis menyifatkan serangan Paris sebagai tindakan perang dan berkata ia tidak akan menghentikan serangan udaranya terhadap ISIS.


Jet pejuang Perancis melancarkan serangan terbesar mereka di Syria sejauh ini pada Ahad, menyasarkan kubu kuat kumpulan militan itu di bandar Raqqa.


Operasi itu dijalankan dengan kerjasama tentera Amerika Syarikat. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >