Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISIS dakwa bunuh tebusan China dan Norway

Nov 19, 2015 | 10:46 AM



KAHIRAH: Kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) berkata pada Rabu (18 Nov) ia telah membunuh seorang tebusan China dan Norway.


Berita itu, yang ia disiarkan dalam majalahnya, diiringi apa yang kelihatan seperti gambar orang mati, dengan sepanduk tertera "dibunuh".


Dalam isu sebelumnya, majalah ISIS, Dabiq, berkata dua tawanan itu "untuk dijual".


September lalu, Perdana Menteri Norway, Cik Erna Solberg, kata seorang lelaki Norway telah dijadikan tebusan di Syria sejak Januari, dan dipercayai berada di tangan ISIS.


Beliau berkata Norway tidak berniat membayar wang tebusan bagi pembebasannya.


Cik Solberg tidak menamakan lelaki itu tetapi berkata beliau berusia 40-an tahun.


Kementerian Luar China, juga pada September, berkata seorang rakyatnya dipercayai diculik oleh ISIS.


Majalah itu juga berkata kumpulan tersebut pada mulanya merancang menjatuhkan sebuah pesawat Barat di kawasan Sinai di Mesir, tetapi menukar sasarannya kepada pesawat Russia bulan lalu, selepas Moscow melancarkan serangan udara ke atas sasaran ISIS di Syria.


"Satu bom diseludup ke dalam pesawat, membawa kepada kematian 219 orang Russia dan lima tentera salib lain hanya sebulan selepas keputusan Russia yang dibuat tanpa berfikir."


Kumpulan pengganas itu berkata ia menyeludup bom ke dalam pesawat Russia selepas mendapati kelemahan keselamatan di lapangan terbang Sharm el-Sheikh.


Ia juga menerbitkan gambar apa yang dikatakannya pasport milik warga Russia yang telah mati yang diperolehi oleh pejuangnya.


Kesahihan gambar itu belum dapat disahkan segera. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >