DHAKA: Kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mengaku bertanggungjawab bagi satu serangan ke atas jemaah di sebuah masjid Syiah di utara Bangladesh, yang membunuh seorang dan mencederakan tiga yang lain, menurut Institut Mencari Entiti Pengganas Antarabangsa (Site), yang berpangkalan di Amerika Syarikat, pada Jumaat (27 Nov).
Militan Isis itu menyerang semasa solat isyak pada Khamis (26 Nov), sehari selepas polis menembak mati seorang militan Islam yang dituduh melempar bom tangan ke sebuah makam utama Syiah di ibu kota Dhaka bulan lalu, membunuh dua orang.
Site ialah sebuah pertubuhan yang menjejak kegiatan dalam talian kumpulan pengganas. - AFP