Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISIS dalang serangan di kelab malam di Selangor: Polis

Jul 05, 2016 | 07:54 AM



KUALA LUMPUR: Polis Malaysia berkata pada Isnin (4 Jul) serangan bom tangan di sebuah kelab malam di Selangor minggu lalu dijalankan oleh lelaki ada hubungan dengan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS).



Ia merupakan serangan pertama kumpulan pengganas itu yang berjaya di Malausia.



Serangan di bar restoran Movida di Puchong, 25 kilometer dari Kuala Lumpur, pada 2.15 pagi Selasa lalu itu mencedera lapan pelanggan Malaysia.



Ketua Polis Negara Khalid Abu Bakar berkata mereka yang ditahan termasuk dua lelaki yang ada kaitan langsung dengan serangan tersebut, dan mereka menerima arahan terus daripada Muhammad Wanndy Mohamed Jedi, seorang pejuang ISIS Malaysia.



Muhammad Wanndy dipercayai berada di Syria.



"Ada unsur-unsur pelibatan IS (ISIS) dalam serangan itu," kata Tan Sri Khalid dalam satu sidang akhbar.



Pasangan itu "diperintahkan" supaya melancarkan serangan di Malaysia, "ke atas pemimpin kerajaan kita, pegawai-pegawai tertinggi polis dan hakim-hakim", katanya.



"Tiga kumpulan itu dianggap mengancam bagi kegiatan IS," tambah beliau.



Polis sedang memburu dua lagi lelaki yang dipercayai terlibat secara langsung dalam serangan itu.



Pada Selasa lalu, polis menolak pengganasan sebagai motif serangan tersebut, namun mereka terpaksa menilai semula pendirian mereka sehari kemudian selepas ISIS menuntut bertanggungjawab dalam satu pos di Facebook.



Tan Sri Khalid berkata polis turut menahan 13 yang lain, termasuk dua pegawai polis berpangkat rendah, dalam tindakan keras memerangi pengganasan.



Beliau berkata mereka semua menerima arahan supaya menjalankan serangan ke atas pegawai tertinggi "dan juga pusat-pusat hiburan, yang mereka anggap tidak Islamik".



ISIS dua minggu lalu mengeluarkan satu video pejuangnya dari Asia Tenggara menyeru penyokongnya supaya kekal di negara masing-masing dan melancarkan serangan di rantau ini. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >