Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISIS dapat kebanyakan dananya dengan memeras rakyat

Dec 01, 2015 | 08:33 AM



BAGHDAD: Tiga kali sebulan, Encik Mohammad al-Kirayfawai memberi AS$300 ($420) kepada pejuang kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) untuk mendapatkan hak memandu trak sejuk penuh berisi ais krim dan barang mudah rosak lain dari Jordan ke bahagian di Iraq yang dikuasai kumpulan itu.


Pejuang yang mengawal di pos sempadan menganggap bayaran itu sebagai cukai import, bukan rasuah. Malah, mereka menyediakan resit dicap dengan logo dan tanda 'ISIS, Negara', yang Encik al-Kirayfawai, 38 tahun, perlu ada untuk melalui pintu masuk lain.


"Jika saya tidak melakukannya," kata Encik al-Kirayfawai, "mereka sama ada menangkap saya atau membakar trak saya.".


Di seluruh Syria dan Iraq, ISIS telah menubuhkan sebuah birokrasi pemangsa dan ganas yang memeras setiap sen ia boleh daripada orang-orang yang hidup di bawah kawalannya atau melalui wilayahnya.


Temu bual dengan lebih sedozen orang yang tinggal di dalam atau yang baru-baru ini melarikan diri, dan para pegawai Barat dan Timur Tengah yang menjejaki kewangan militan, menggambarkan kumpulan itu mengenakan tol dan saman lalu lintas; sewa bagi bangunan pemerintah; bil air dan elektrik; cukai ke atas pendapatan, tanaman dan binatang ternak; dan denda kerana merokok atau memakai pakaian yang tidak mengikut peraturannya.


ISIS meraih begitu banyak sumber mereka secara dalaman hinggakan kaedah kewangan biasa yang digunakan bagi menentang pengganas dengan mematikan sumber pendapatan mereka tidak berkesan terhadap kumpulan itu.


Pendapatan daripada kegiatan itu hampir AS$1 bilion setahun, menurut beberapa anggaran oleh pegawai Amerika Syarikat dan Eropah.


Sumber pendapatan ISIS yang lebih diketahui - penyeludupan minyak, rampasan duit dalam bank, rampasan barangan antik, wang tebusan daripada penculikan warga asing dan derma daripada penyokong kaya - membantu membuat kumpulan itu menjadi pertubuhan militan paling kaya di dunia.


Bagaimanapun, apabila pakar mendapat pemahaman lebih baik mengenai kewangan kumpulan itu sejak setahun lalu, konsensus yang luas muncul bahawa sumber wang tunai terbesar ISIS ialah rakyat yang ia perintah dan perniagaan yang ia kawal.


Sejak serangan Paris bulan lalu, Amerika telah menyasarkan dengan lebih agresif pengeluaran minyak dan penyeludupan operasi militan itu. Amerika menyerang satu konvoi trak tangki minyak di timur Syria, memusnahkan 116 kenderaan, bulan lalu.


Namun, ramai pegawai dan pakar berkata ISIS akan dapat menampung kosnya walaupun tanpa hasil minyak, dan tindakan meletupkan kapal tangki minyak tidak akan memufliskan kumpulan itu selagi ia menguasai bahagian besar Iraq dan Syria.


ISIS telah mengambil alih operasi kutipan hasil dan menggunakan ancaman ganas untuk mendapatkan seberapa banyak yang boleh daripada rakyat, perniagaan dan harta yang ia kawal.


Di Raqqa, kota Syria yang kini menjadi ibu negara de facto ISIS, pegawai mengenakan cukai pembersihan - 2,500 hingga 5,000 pound Syria ($16 hingga $32) sebulan. Penduduk membayar bil bulanan, termasuk 800 pound Syria untuk elektrik dan 400 pound untuk air.


Pejabat Sumber kumpulan itu menyelia pengeluaran minyak dan penyeludupan, penjarahan barangan antik dan satu senarai panjang perniagaan yang lain, termasuk pembotolan air, minuman ringan dan syarikat telefon bimbit.


ISIS juga menuntut potongan daripada pendapatan yang diperoleh perniagaan kecil.


"Kami bayar sama ada dalam bentuk minyak zaitun atau wang tunai, bergantung pada pengeluaran," kata Tarek, seorang petani yang mahu dikenali dengan hanya nama pertamanya.


Pegawai ISIS menggunakan istilah 'zakat' bagi cukai yang dikenakannya.


Walaupun kadar zakat 2.5 peratus dalam kebanyakan tafsiran undang-undang Islam, kumpulan militan itu mengenakan 10 peratus, mewajarkan kadar tinggi dengan alasan "negara sedang berperang", kata seorang wartawan rakyat di Raqqa yang mahu dikenal pasti hanya sebagai Abu Mouaz.


Selain anggaran AS$1 bilion yang didapat daripada rakyat, penyeludupan minyak mendatangkan pendapatan AS$500 juta.


Kumpulan itu juga menyamun lebih kurang AS$1 bilion dari bank dan bandar yang ia tawan.


Dalam jangka pendek, amat sukar bagi pegawai Amerika dan Eropah mengurangkan pendapatan kumpulan itu.


Pada jangka panjang, ujar para pegawai Amerika, cara menyekat kewangan kumpulan itu ialah dengan merebut kembali wilayah yang dikawalnya, sesuatu yang terbukti perlahan setakat ini walaupun beribu-ribu serangan udara telah dijalankan. - New York Times.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >