Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISIS diusir dari kawasan sempadan Syria-Turkey

Sep 05, 2016 | 09:54 AM



BEIRUT: Tentera Turkey dan pemberontak Syria telah mengusir kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) ) dari kawasan terakhir di sempadan Syria-Turkey yang dikuasai mereka pada Ahad, kata Badan Pemantau bagi Hak Asasi Manusia Syria.



"ISIS telah terputus hubungan dengan dunia luar selepas kehilangan baki kampung-kampung sempadan," kata badan pemantau berpangkalan di Britain itu.



Pemerhati berkata "pemberontak dan puak Islam yang disokong oleh kereta kebal dan jet pejuang Turkey" telah mengambil beberapa kampung di sempadan "selepas ISIS meninggalkannya, menamatkan kehadiran ISIS... di sempadan".



Kemaraan itu berlaku selepas Turkey melancarkan operasi yang digelar Efrat Shield pada 24 Ogos, dengan berkata ia menyasarkan kedua-dua pihak, ISIS dan kumpulan Kurdi Syria yang menjadi kunci bagi menghalau pengganas dari bahagian-bahagian lain di sempadan Syria-Turkey.



Militia YPG Kurdi rakan utama gabungan yang diketuai Amerika Syarikat menentang ISIS, dan telah berjaya menawan semula sebahagian besar wilayah di Syria daripada kumpulan pengganas itu.



Tetapi Ankara menganggap YPG sebagai kumpulan "pengganas" dan terkejut dengan pengembangannya di sepanjang sempadan, dengan kebimbangan ia membawa kepada pembentukan wilayah separa autonomi Kurdi di utara Syria.



Kehilangan sempadan Turkey akan menafikan ISIS titik utama untuk merekrut dan mendapatkan bekalan, walaupun kumpulan itu terus mempunyai wilayah di Syria dan Iraq. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >