Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISIS kini kuasai kurang 7 peratus wilayah Iraq

Jauh berkurangan daripada 40 peratus tiga tahun lalu
Apr 12, 2017 | 10:03 AM



BAGHDAD (Iraq): Kumpulan militan Daesh atau juga dikenali sebagai Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) kini menguasai kurang daripada 7 peratus kawasan di Iraq, jauh berkurangan daripada 40 peratus yang dikuasainya tiga tahun lalu, kata seorang jurucakap tentera yang ditukil akhbar Arab News hari ini.



"Daesh menguasai 40 peratus tanah Iraq" pada 2014," kata Brigadier Jenderal Yahya Rasool, jurucakap bagi Pusat Kawalan Operasi Bersama.



"Sehingga 31 Mac (tahun ini), mereka hanya menguasai 6.8 peratus wilayah Iraq," ujarnya.



Menyatakan demikian semasa sidang akhbar, jurucakap gabungan pasukan tentera yang dipimpin Amerika Syarikat itu berikrar bahawa Iraq tidak akan ditinggalkan selepas mereka berjaya merampas semula Mosul dari ISIS.



"Sebaik tugas diselesaikan, gabungan ini akan terus berada di sini bagi memberi sokongan kepada rakan-rakan Iraq kami sedang mereka memusnahkan Daesh dari setiap sudut Iraq," pula kata Kolonel John Dorrian.



"Meskipun peperangan ini akan menjadi begitu sukar... pihak musuh kini benar-benar telah dikepung. Mereka tidak akan dapat ke mana-mana - di mana ia akan ditumpaskan dan penduduk Mosul akan kembali bebas," ujarnya.



"Setiap serangan yang kami jalankan, kami melakukannya dengan menggunakan peluru berpandu. Setiap serangan yang kami laksanakan, diselaraskan secara langsung dengan pasukan keselamatan Iraq," kata Kolonel Dorrian lagi.



Menyentuh tentang penguasaan bandar Raqqa di Syria oleh ISIS, Kolonel Dorrian berkata: "Pada akhirnya, kami akan memencilkan Raqqa dan kami, pada waktu yang sesuai menurut persetujuan sekutu kami, akan menyerang mereka dan membebaskan bandar itu."



Kolonel Dorrian menambah, operasi untuk membebaskan Raqqa adalah serupa "dengan tindakan yang diambil bagi menghapuskan musuh" di bandar Mosul di Iraq.



Sementara itu, pasukan tentera yang disokong Amerika telah mara ke lingkungan 2km berdekatan Raqqa yang menjadi kubu kuat pihak militan dan serangan balas mereka telah dapat ditangkis.



Dalam pada itu, Kementerian Pertahanan Russia menyatakan, dua pegawai mereka telah terbunuh dan seorang lagi parah akibat serangan mortar di Syria.



Pihak kementerian bagaimanapun tidak menjelaskan bila dan di mana serangan itu berlaku.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >