AS: ISIS kini lebih lemah dek jumlah pejuang berkurangan

WASHINGTON: Kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mempunyai 25,000 pejuang di Syria dan Iraq, berkurangan daripada anggaran sehingga 31,000 orang sebelum ini, menurut laporan perisikan Amerika Syarikat yang didedahkan oleh Rumah Putih pada Khamis (4 Feb).

Pegawai Amerika ditukil berkata faktor seperti kematian di medan perang dan tindakan pejuang meninggalkan kumpulan itu menjelaskan pengurangan kira-kira 20 peratus pejuang, dan berkata laporan tersebut menunjukkan kempen yang diketuai Amerika untuk menghancurkan ISIS telah mencapai kemajuan.

Anggaran perisikan baru itu "bermakna mereka terus menjadi ancaman besar, tetapi jumlah yang berpotensi telah berkurangan," kata jurucakap Rumah Putih, Encik Josh Earnest.

"ISIS telah mengalami korban dan kecederaan ketara," katanya.

Tindakan memerangi kumpulan itu di lapangan oleh rakan-rakan perikatan Amerika telah memberi kesan dalam konflik terhadap ISIS, ujar Encik Earnest.

Usaha antarabangsa juga telah mula mengekang aliran warga asing yang mahu menyertai kumpulan pengganas itu.

"Sekarang lebih sukar untuk ISIS menambah semula barisan mereka, dan kami telah lama sedar akan keperluan masyarakat antarabangsa bekerjasama untuk menghentikan aliran pejuang asing ke rantau ini," kata Earnest

Perisikan baru itu melaporkan terdapat 19,000 - 25,000 pejuang ISIS di Iraq dan Syria, berbanding anggaran 20,000 - 31,000 pada 2014.

"Pengurangan ini mencerminkan kesan gabungan kematian medan perang, tindakan meninggalkannya, tindakan disiplin dalaman, kekurangan rekrut, dan kesukaran yang dihadai pejuang asing untuk ke Syria," kata Cik Emily Horne, jurucakap Majlis Keselamatan Negara Amerika.

Laporan perisikan itu tidak mengambil kira kerabat ISIS di Asia Selatan, dan bahagian lain di Timur Tengah serta Afrika Utara, di mana icawangan Libyanya sedang berkembang. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 36
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.