Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Serangan berkembar di Mesir

ISIS mengaku dalang, Presiden umum perintah berkurung

Apr 10, 2017 | 02:21 PM



KAHERAH (Mesir): Kumpulan pengganas Negara Islam di Syria dan Iraq (ISIS) mengaku bertanggungjawab ke atas serangan berdarah di dua gereja di Tanta dan Iskandariah, Mesir.



Sekurang-kurangnya 27 orang terkorban manakala 78 lagi cedera dalam serangan di gereja Koptik di Tanta, sementara 18 warga biasa dan empat anggota polis terbunuh apabila seorang pengebom nekad meletupkan dirinya di luar sebuah gereja di Iskandariah, lapor laman berita Mesir, Al-Ahram.



Menyusuli serangan itu, Presiden Mesir, Encik Abdel Fattah al-Sisi, mengisytiharkan darurat selama tiga bulan.



Serangan di bandar Tanta dan Iskandariah di Delta Nil itu itu berlaku semasa masyarakat Kristian negara itu meraikan satu acara keagamaan yang penting dalam kalendar agama tersebut.



Serangan kali ini berlaku beberapa minggu sebelum kunjungan Pope Francis ke Mesir, dan selepas insiden pengeboman gereja pada Disember tahun lalu.



Presiden Sisi mengisytiharkan perintah darurat itu perlu dibentang ke Parlimen dalam tempoh seminggu dan memberi amaran usaha memerangi pengganas akan mengambil masa yang lama dan menyakitkan. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >