TUNIS: Kumpulan militan IS mendakwa bertanggungjawab dalam serangan di muzium negara Tunisia pada Rabu lalu sehingga mengorbankan 19 nyawa termasuk 17 pelancong asing.
Dalam insiden pada Rabu, pihak berkuasa negara tersebut berjaya menembak mati dua lelaki bersenjata yang dipercayai ahli kumpulan militan tersebut selepas mereka melakukan serangan.