Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISIS semakin mengganas sepanjang tiga bulan lalu

Oct 22, 2015 | 03:18 PM



LONDON: Kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) telah meningkatkan pengganasannya dengan lebih 1,000 serangan dan hampir 3,000 kematian di seluruh dunia dalam tempoh tiga bulan lalu, menurut firma analisis IHS Jane pada Khamis (22 Okt).


Angka itu menunjukkan peningkatan 42 peratus dalam serangan harian kumpulan tersebut, iaitu 11.8 sehari dari Julai hingga September, meningkat daripada 8.3 sehari antara April dan Jun.


Ini membayangkan bahawa serangan udara oleh pasukan perikatan yang diketuai Amerika Syarikat hanya mempunyai kesan terhad terhadap kumpulan itu.


Firma analisis berpangkalan di London itu mencatat 1,086 serangan ISIS, menyebabkan 2,978 kematian orang awam dan pegawai pemerintah.


Ia satu peningkatan besar sebanyak 65.3 peratus dalam jumlah purata pembunuhan yang dilakukan ISIS setiap hari berbanding tiga bulan sebelumnya, dan pertambahan 81 peratus daripada setahun lalu.


Pusat Pengganasan dan Pemberontakan IHS Jane menggunakan sumber terbuka untuk menyusun pangkalan data mereka, dan berkata besar kemungkinan ISIS telah melakukan jauh lebih banyak serangan yang tidak dapat disahkan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >