Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

ISIS umum pemimpin kanannya maut di Syria, dipercayai diserang AS

Aug 31, 2016 | 02:53 PM



BEIRUT: Kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) berkata pada Selasa (30 Ogos) salah satu pemimpinnya yang paling terkenal dan paling lama berkhidmat terbunuh dalam apa yang kelihatan seperti serangan udara Amerika Syarikat di Syria.



Pemimpinnya itu, Abu Muhammad al-Adnani, bertanggungjawab dalam mengarahkan serangan di luar negara.



Seorang pegawai pertahanan Washington berkata Amerika menyasarkan Adnani dalam serangan pada Selasa ke atas kenderaan yang sedang bergerak di bandar al-Bab. Pegawai itu, bagaimanapun, tidak mengesahkan kematiannya.



Adnani antara anggota kanan ISIS yang masih hidup, bersama Abu Bakr al-Baghdadi, pengasas kumulan itu yang mengaku menjadi khalifah.



Sebagai jurucakap ISIS, Adnani anggotanya yang paling ketara. Sebagai ketua operasi luar, dia bertanggungjawab bagi serangan luar negara, termasuk Eropah, yang kini menjadi taktik semakin penting kumpulan itu sedang wilayah terasnya di Iraq dan Syria terhakis oleh kekalahan di medan perang.



Pegawai antipengganasan Amerika yang memantau ISIS berkata kematian Adnani akan menjejas militan "di kawasan yang semakin membimbangkan kita sedang kumpulan itu kehilangan lebih banyak wilayah dan pangkalan kewangannya... dan bertukar melaksana dan mendorong lebih banyak serangan di Eropah, Asia Tenggara dan di tempat lain".



Di bawah Adnani, ISIS melancarkan serangan besar-besaran, serangan bom dan tembakan ke atas orang awam di negara di luar kawasan terasnya, termasuk Perancis, Belgium dan Turkey.



Pertubuhan Berita Amaq ISIS melaporkan Adnani terbunuh "semasa mengkaji operasi untuk menangkis kempen ketenteraan terhadap Aleppo".



Amaq tidak menyatakan bagaimana Adnani, yang dilahirkan sebagai Taha Subhi Falaha di wilayah Idlib di Syria pada 1977, terbunuh.



Antara pegawai kanan ISIS terbunuh dalam serangan udara tahun ini ialah Abu Ali al-Anbari, timbalan rasmi Baghdadi, dan 'menteri perang' kumpulan itu, Abu Omar al-Shishani.



Adnani berasal daripada latar belakang mewah tetapi meninggalkan Syria untuk pergi ke Iraq melawan tentera Amerika selepas pencerobohan 2003, dan hanya kembali ke tanah airnya selepas perang saudara bermula pada 2011, menurut orang yang mengenali keluarganya.



Dia menjadi ketua propaganda ISIS dan wajah kumpulan militan itu, misalnya apabila dia mengeluarkan mesej pada Mei menggesa serangan di Amerika dan Eropah pada Ramadan.



Amerika menyifatkan dia sebagai "pengganas global" dan menawarkan ganjaran AS$5 juta bagi kepalanya di bawah program 'Ganjaran bagi Keadilan'. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >