BAITULMAKDIS: Polis Israel berkata pihaknya berjaya menahan seorang suspek lelaki yang didakwa menjadi dalang dan mengetuai insiden penculikan dan pembunuhan tiga remaja Yahudi, Jun lalu.
"(Suspek) Hossam Kawasmeh ditahan oleh pihak tentera bulan lalu di Shuafat (dalam kejiranan Palestin di Baitulmakdis), kerana dipercayai mengetuai sekumpulan anggota komando Hamas menculik dan membunuh tiga remaja itu," menurut satu kenyataan polis Israel semalam.