Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Israel larang pelawat Yahudi, pelancong masuk Baitulmakdis

Apr 13, 2023 | 05:30 AM



BAITULMAKDIS: Israel telah menghalang pelawat Yahudi dan pelancong masuk ke Baitulmakdis.



Tempat itu, sejak kebelakangan ini telah menjadi antara faktor yang menambah ketegangan antara Israel dan warga Palestin.



Mengikut peraturan, orang bukan Muslim boleh menziarah tanah suci tersebut namun orang Muslim sahaja yang dibenarkan bersembahyang di situ.



Bagaimanapun, segelintir pelawat Yahudi semakin sering melakukan sembahyang di sekitar kawasan itu, lantas melanggar peraturan tersebut.



Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Encik Benjamin Netanyahu yang telah menghadiri satu mesyuarat keselamatan, berkata lawatan oleh orang bukan Muslim di tanah suci tersebut (Haram al-Sharif) yang juga dikenali sebagai Temple Mount oleh orang Yahudi akan dihentikan hingga selepas Ramadan, yang dijangka jatuh pada sekitar 20 April.



Pihak berkuasa di Palestin belum memberi komen sehingga akhbar ini dicetak.



Menteri pertahanan sayap kanan, Encik Itamar Ben-Gvir di bawah pemerintah Netanyahu mengecam tindakan itu.



"Apabila kami ditimpa pengganasan, kami harus melawan mereka balik dengan kuasa yang hebat, bukan menyerah kepada permintaan mereka," katanya dalam satu kenyataan.



Dengan keganasan antara Israel dengan Palestin bertambah teruk sejak tahun lalu, keadaan tegang di Baitulmakdis mencapai tahap yang ketara baru-baru ini memandangkan bulan Ramadan yang disambut orang Muslim datang serentak dengan perayaan Yahudi.



Menurut Israel, tenteranya telah menembak mati dua orang Palestin yang membawa senjata api di kawasan Tebing Barat yang telah diceroboh Israel.



Ini berlaku sedang keadaan keganasan di Israel tidak menunjukkan tanda ia akan reda.



Minggu lalu, polis Israel menyerbu Masjid Al-Aqsa, menambah ketegangan antara hubungan Israel dengan Palestin yang telah berlangsung sejak kian lamanya, hingga mencetus serangan roket dari Gaza, Lubanan dan Syria.



Israel membalas dengan melancarkan serangan udara dan artileri.



Dalam pada itu, pasukan pertahanan Israel berkata pada Selasa, dua orang Palestin yang telah melakukan tembakan dari sebuah kenderaan di sebuah pusat ketenteraan baru-baru ini, telah ditembak mati oleh anggota pasukan dekat kawasan penempatan Elon Moreh di kota Nablus - sebuah kawasan yang sering terjadi pergolakan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >