BAITULMAKDIS: Tentera Israel semalam membedil pelbagai sasaran di Jaluran Gaza selepas Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, berkata negaranya perlu bersedia menghadapi konflik yang panjang, lantas menghancurkan harapan bagi gencatan senjata yang berpanjangan.
Pesawat Israel telah melancarkan peluru berpandu ke atas kediaman pemimpin Hamas, Encik Ismail Haniyeh, sebelum subuh semalam menyebabkan kerosakan besar tetapi tidak menimpakan korban, menurut kementerian dalam negeri Gaza semalam.