Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel rancang beri lebih banyak permit kerja pada rakyat Palestin di Gaza

Aug 21, 2022 | 05:30 AM



BAITULMAKDIS: Israel kelmarin berkata ia merancang memberikan lebih banyak permit kerja kepada rakyat Palestin di Gaza.



Seramai 1,500 orang lagi dari semenanjung Gaza yang miskin dan sesak akan dibenarkan bekerja di Israel mulai Ahad, kata tentera dalam satu kenyataan.



"Keputusan itu akan berkuat kuasa... dengan syarat keadaan keselamatan kekal tenang di kawasan itu," kata Cogat, badan kementerian pertahanan Israel yang bertanggungjawab bagi hal ehwal sivil di wilayah Palestin.



Langkah untuk meningkatkan kepada 15,500 jumlah permit kerja pada mulanya diumumkan pada 12 Julai, pada malam sebelum lawatan Biden ke Israel dan wilayah Palestin.



Pemberian permit kerja lebih banyak ini merupakan ikrar Israel yang dibuat sebelum lawatan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, ke tanah Palestin itu tetapi kemudian dibatalkan empat hari kemudian, berikutan tembakan roket dari semenanjung Gaza dan serangan balas oleh pesawat pejuang Israel.



Permit kerja itu memberikan pendapatan penting kepada sebahagian daripada 2.3 juta penduduk Gaza, yang telah hidup di bawah sekatan ketat yang dikenakan oleh Israel sejak gerakan Islam Hamas merampas kuasa pada 2007.



Pengumuman kelmarin dibuat berikutan pertempuran selama tiga hari bulan ini antara Jihad Islam dan Israel.



Sekurang-kurangnya 49 warga Gaza terbunuh dan ratusan cedera, menurut angka dari kementerian kesihatan wilayah itu.



Rancangan mengeluarkan permit tambahan berikutan keputusan Hamas yang sebahagian besarnya tidak menyertai pertempuran baru-baru ini. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >