Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel tolak dakwaan ia bunuh warga Palestin di Malaysia

Apr 22, 2018 | 04:23 PM



JERUSALEM (REUTERS, AFP) - Menteri Pertahanan Israel berkata pada Ahad (22 April) seorang saintis Palestin yang ditembak mati di Malaysia adalah seorang pakar roket dan "bukan orang suci", tetapi menolak dakwaan oleh Hamas bahawa agensi pengintip Mossad Israel membunuhnya.



Dua lelaki bermotosikal melepaskan 10 tembakan ke atas Allahyarham Fadi Mohammad al-Batsh, pensyarah kejuruteraan, di Kuala Lumpur pada Sabtu (21 April). Beliau meninggal di tempat kejadian, kata ketua polis di bandar itu, Mazlan Lazim.



Allahyarham sedang berjalan dari apartmennya untuk solat subuh di masjid tempatan  Gombak, Kuala Lumpur apabila ditembak dua lelaki bersenjata menunggang motosikal, menurut pegawai.



Autopsi mayatnya sedang dijalankan pada Ahad.



Pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, berkata Mossad telah menjadi dalang beberapa percubaan membunuh saintis Palestin, dan serangan terhadap Batsh "sejajar dengan urutan ini."



Menteri Pertahanan Israel Avigdor Lieberman berkata Batsh mungkin terbunuh ekoran  pertikaian dalaman Palestin.



"Kami dengar mengenainya dalam berita. Pertubuhan pengganas menyalahkan setiap pembunuhan ke atas Israel - kami sudah terbiasa dengan itu," kata Lieberman kepada Radio Israel.



"Orang itu bukan orang kudus dan beliau tidak berurusan dengan usaha membaiki  prasarana  di Gaza - beliau terlibat dalam meningkatkan ketepatan roket ... Kami sentiasa memerhatikan perkembangan pelbagai puak dalam organisasi pengganas dan berasa itulah yang berlaku dalam kes ini. "



Ketua Polis Kuala Lumpur Mazlan Lazim berkata siasatan sedang dijalankan.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >