Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Israel tutup Tebing Barat, Gaza jelang tempoh 3 hari perayaan

Sep 22, 2022 | 05:30 AM



BAITULMAKDIS: Israel memutuskan untuk menutup Tebing Barat dan Semenanjung Gaza yang diduduki rejim itu menjelang tiga hari perayaan Yahudi sempena hampir sebulan peringatan keagamaan, menurut pihak tentera.



Larangan itu bermakna rakyat Palestin tidak dibenarkan meninggalkan Tebing Barat ataupun Semenanjung Gaza untuk memasuki Israel semasa tahun baru Yahudi, Rosh Hashana, yang berlangsung pada akhir bulan ini serta cuti Yom Kippur dan Sukkot pada bulan depan.



"Semasa penutupan itu, laluan akan dibenarkan hanya dalam kes kemanusiaan, perubatan dan luar biasa," kata tentera yang kerap mengenakan langkah-langkah itu semasa tempoh cuti.



Penutupan dilakukan dalam suasana ketegangan yang memuncak selepas beberapa siri serangan maut ke atas Israel sejak Mac, lapor agensi berita AFP.



Sejak itu tentera Israel telah meningkatkan serbuan di Tebing Barat, terutama di kawasan Nablus dan Jenin di mana kumpulan bersenjata Palestin aktif.



Tentera menyatakan operasi itu bertujuan menangkap orang yang disyaki melakukan 'keganasan', sering diselangi oleh pertempuran dengan pejuang atau penduduk.



Kelmarin, seorang rakyat Palestin terbunuh dalam pertempuran di bandar Nablus dalam operasi yang jarang dilakukan oleh pihak berkuasa Palestin untuk menangkap anggota gerakan Pergerakan Hamas, yang mengawal Semenanjung Gaza.



Pentadbiran Fatah telah bertelagah dengan Hamas sejak 2007, apabila gerakan itu menguasai Gaza selepas perang saudara berakhir.



Sejak itu, usaha perdamaian telah gagal.



Sekurang-kurangnya 37 warga Palestin cedera ketika pertempuran dengan tentera Israel di bandar Nablus, Tebing Barat, dua minggu lalu.



Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin dalam kenyataannya berkata, tiga mangsa cedera ditembak peluru hidup dan sembilan lagi oleh peluru getah, manakala yang lain terhidu gas pemedih mata yang dilepaskan tentera Israel.



Saksi warga Palestin berkata, pertempuran sengit berlaku antara penunjuk perasaan antipenempatan warga Israel dengan tentera Israel di kampung Beita, Beit Dajan, selatan dan timur bandar Nablus, kampung Kafr Qaddum serta timur bandar Qaqilya.



Katanya, penunjuk perasaan membakar tayar dan membaling batu ke arah askar Israel yang ditempatkan di pinggir kampung. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >