NEW DELHI: Isteri Menteri Sumber Manusia India, Encik Shashi Tharoor, ditemui mati kelmarin selang beberapa hari beliau mengaku menggodam akaun Twitter suaminya untuk menghantar mesej bagi mendedahkan hubungan sulit suami beliau dengan seorang wartawan Pakistan.
Mayat Cik Sunanda Pushkar, 52 tahun, dijumpai suaminya di dalam bilik sebuah hotel lima bintang di sini selepas beliau pulang dari mesyuarat.