Isteri penyanyi Herman Tino larang beliau tanding di Kajang

PETALING JAYA: Isteri kepada penyanyi Herman Tino berharap agar suaminya tidak meneruskan hasrat untuk bertanding pada pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang pada 23 Mac ini.

Cik Noraini Ibnu, yang juga Ketua Unit Penerbitan Radio RTM berkata beliau tidak bersetuju dengan hasrat Herman memandangkan suaminya itu tidak mempunyai wang untuk bertanding, sebaliknya akan dihina dan diketawakan oleh masyarakat.

"Saya terima Herman sebagai suami kerana dia seorang penyanyi, bukannya ahli politik. Dia bukannya ada wang yang banyak untuk 'melayan' perkara-perkara politik macam itu.

"Saya tidak suka dia 'membakar diri' dan menerangi yang lain, sedangkan tuanya nanti tidak ada siapa yang peduli. Sebagai isteri, saya tidak senang apabila tindak tanduknya diketawakan dan dihina pula," katanya, yang ditukil mStar Online.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:58
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 72
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.