Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu 1MDB: PAC akan teruskan siasatan

Nov 02, 2015 | 02:57 PM



KUALA LUMPUR: Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) akan meneruskan semua prosiding yang tertangguh sebelum ini termasuk siasatan terhadap 1Malaysia Development Bhd (1MDB).


Pengerusinya, Datuk Hasan Arifin, berkata pihaknya juga akan memanggil semula beberapa individu.


Antaranya, Pengarah Eksekutif 1Malaysia Development Bhd (1MDB), Encik Arul Kanda Kandasamy; bekas presiden 1MDB, Datuk Shahrul Ibrahim Halmi; dan, individu lain berkaitan bagi membantu siasatan terhadap syarikat pelaburan strategik negara itu.


"Namun, tarikh bila kita akan memanggil mereka ini masih belum diputuskan," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat PAC buat kali pertama sejak dilantik sebagai pengerusi baharu 19 Oktober lalu di sini, petang ini.


Datuk Hasan berkata, ahli PAC juga tidak perlu mengangkat sumpah menyimpan rahsia seperti yang pernah dibangkitkan sebelum ini. Katanya, ia susulan semua ahli PAC juga adalah ahli Parlimen yang mana mereka sudah mengangkat sumpah di Parlimen sebelum ini. - BHM




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >