Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu 1MDB: Zahid gesa rakyat tidak mudah percaya akhbar asing

Dec 28, 2015 | 04:53 PM



KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mengingatkan rakyat Malaysia agar tidak cepat terpengaruh dengan maklumat yang disebarkan The Wall Street Journal (WSJ) terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB).


Maklumat itu antara lain mendakwa 1MDB menghantar sekurang-kurangnya AS$850 juta $1.2 bilion) tahun lalu kepada sebuah entiti pesisir pantai yang dibentuk supaya kelihatan sebagai dana harta negara atau "sovereign wealth fund" dimiliki Abu Dhabi.


Menteri dalam negeri itu berkata, maklumat itu tidak dapat disahkan dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) sedang melakukan penelitian terhadap dakwaan tersebut.


"Oleh kerana PAC sedang melakukan penelitian terhadap butiran berkenaan dan pihak yang berkuasa sedang melakukan penyiasatan. Maka kita tidak harus terjebak daripada maklumat yang disebarkan media berkenaan.


"Kita juga jangan menghukum berdasarkan daripada maklumat-maklumat yang datang daripada sumber tidak disahkan," katanya pada sidang media selepas merasmikan "Majlis Pengisytiharan Keutamaan 2016" Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.


WSJ melaporkan perkara itu baru-baru ini berdasarkan kepada dokumen yang diteliti dan disemak penerbitan berkenaan dan mereka yang biasa dengan perkara itu.


Oleh itu, Zahid yang juga naib presiden Umno mahu rakyat memberi peluang kepada pihak berkuasa Malaysia menjalankan siasatan.


"Oleh yang demikian, saya fikir elok saya serahkan perkara ini kepada badan penyiasat di Malaysia supaya perkara sebenar dapat diketahui.


"Dan apa yang dilakukan pihak berkuasa harus diberikan tahap kewibawaan yang tinggi untuk meletakkan kebolehpercayaan kepada agensi berkenaan.


"Dan jangan tergantung kepada maklumat yang datangnya dari sumber luaran yang tidak disahkan kesahihannya," kata Zahid. - The Malaysian Insider




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >