Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Isu jerebu: Malaysia mahu bincang dengan Indonesia

Aug 26, 2015 | 01:13 PM



PETALING JAYA: Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Malaysia, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, akan bertemu rakan sejawatannya dari Indonesia bagi membincangkan isu jerebu rentas sempadan.


Sebahagian Malaysia, terutama di Sarawak, sedang terjejas oleh pencemaran daripada pembakaran terbuka di Indonesia.


Dr Wan Junaidi berkata terdapat peningkatan jumlah titik panas di Sumatera dan Kalimantan, yang membawa kepada jerebu berulang di Sarawak.


Dalam satu kenyataan, beliau berkata mesyuarat itu akan termasuk rundingan bagi mempercepat memorandum persefahaman mengenai program dua hala pencegahan pencemaran jerebu rentas sempadan.


Imej satelit mengesan 192 titik panas di Indonesia, termasuk 22 di Kalimantan.


Satu titik panas dikesan di Johor dan Jabatan Alam Sekitar Malaysia sedang menyiasat puncanya.


Sementara itu, mutu udara telah bertambah baik di Sarawak, setelah jatuh ke paras tidak sihat di kawasan utara kelmarin dan semalam, berikutan hujan lebat pada dua petang.


Jerebu juga telah kembali melandar George Town di Pulau Pinang semalam. - The Star/Asia News Network




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >