WASHINGTON: Anak sulung ketua pembangkang Malaysia yang ditahan, Cik Nurul Izzah Anwar, menggesa pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama supaya mengenakan tekanan ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak agar melepaskan ayahnya dan meninggalkan dasar autoritarian.
Dalam satu temu bual di Washington semasa lawatan bagi melobi pegawai Amerika dan ahli politiknya Jumaat lalu, beliau berkata adalah penting menghalang Datuk Seri Najib daripada menggunakan lawatan Encik Obama ke Malaysia November ini bagi meningkatkan kedudukannya.