JAKARTA: Indonesia akan mengerahkan jet-jet pejuang F-16 buatan Amerika Syarikat ke kepulauan Natuna untuk "menghindari pencuri", kata menteri pertahanannya, kurang dua minggu selepas kapal pengawal pantai China bertempur dengan bot-bot Indonesia di kawasan itu.
Langkah tersebut merupakan sebahagian usaha membangunkan ketenteraan di pulau-pulau yang terletak berdekatan Laut China Selatan yang akan menyaksikan landasan pesawat dinaik taraf dan pembinaan pelabuhan baru, kata Encik Ryamizard Ryacudu dalam wawancara dengan Bloomberg News.