Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jakarta dalam keadaan berjaga-jaga tinggi terhadap ancaman militan

Nov 17, 2015 | 08:38 AM



SURABAYA: Pasukan antipengganasan Indonesia kini dalam keadaan berjaga-jaga tinggi selepas mengesan elemen militan tempatan sedang menghampiri Jakarta.


Selain meningkatkan paras amaran keselamatan, Indonesia memperketat pengawasan ke atas rakyatnya yang baru-baru ini dihantar pulang selepas cuba bekerjasama dengan kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) melalui Turkey.


Ini dilakukan sedang satu siri tindakan keras ke atas suspek pengganas dijalankan di seluruh Perancis selepas serangan ISIS di Paris pada Jumaat lalu (13 Nov), yang membunuh sekurang-kurangnya 129 orang.


Timbalan ketua penguatkuasaan di Agensi Antipengganasan Nasional (BNPT) Indonesia, Ketua Inspektor Arief Dharmawan, mengesahkan bahawa unsur-unsur militan muncul berhampiran Jakarta baru-baru ini.


Beliau berkata pada Sabtu lalu bahawa perisikan menunjukkan kehadiran militan di pinggir bandar seperti Cileduk dan Selatan Tangerang, hanya satu jam perjalanan dari Jakarta, lapor akhbar The Straits Times pada Selasa (17 Nov).


"Militan di Indonesia kebanyakannya senyap, tetapi mereka sedang bekerja dan merancang," kata Encik Arief.


"Tangerang Selatan dan Cileduk telah menjadi kubu kuat baru kumpulan militan."


Ini trend yang muncul semula kerana ekstremis tempatan sejak kebelakangan ini cenderung beroperasi di luar ibu negara dan di kawasan panas pengganas seperti Poso di Sulawesi Tengah atau Solo di Jawa Tengah.


Encik Arief berkata 162 warga Indonesia telah dihantar pulang, kebanyakannya dari Turkey, setakat ini.


Antara mereka ialah 40 lelaki dewasa, dalam lingkungan umur boleh berperang, yang telah dilepaskan di kampung mereka kerana Indonesia tidak mempunyai undang-undang yang membolehkan penahanan pencegahan, sekalipun mereka berniat menyertai kumpulan pengganas.


Bagaimanapun, mereka telah disoal siasat oleh Detasemen Khusus 88, pasukan antipengganasan Indonesia yang terdiri daripada pegawai polis elit yang dilatih khusus untuk melawan pengganasan, kata Encik Arief.


Para pegawai itu juga membentuk pasukan pengawasan khusus bagi memantau mereka, tambah beliau.


Pemerhati bagaimanapun menyuarakan kebimbangan mengenai bahaya yang ditimbulkan mereka selepas dibebaskan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >