Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jakarta Post: Pemerintah seharusnya terima bantuan Singapura bagi tangani jerebu

Sep 21, 2015 | 01:36 PM



DALAM lidah pengarangnya pada Ahad (20 Sep), sebuah akhbar Indonesia, The Jakarta Post, berkata adalah aneh bahawa Jakarta tidak menerima bantuan Singapura untuk memadamkan kebakaran yang mengakibatkan jerebu.


Ia berkata cukup jelas bahawa dengan kebakaran hutan tidak henti-henti dan pencemaran udara toksik ke atas penduduk tempatan, Indonesia benar-benar memerlukan semua bantuan yang disediakan untuk memadamkan kebakaran dengan seberapa segera yang mungkin.


"Agak pelik dan amat menyakitkan hati rakyat Indonesia terjejas dan rakyat di negara-negara jiran bahawa pemerintah setakat ini belum menerima tawaran daripada Singapura untuk membantu memadamkan kebakaran," kata akhbar itu.


Menurutnya, ketua baru Agensi Pencegahan Bencana Kebangsaan (BNPB), Laksamana Muda (Bersara) Willem Rampangilei, Telah Berkata sekurang-kurangnya 30 hari diperlukan Untuk memadamkan Kebakaran, terutamanya di Riau, Jambi, Sumatera Selatan, Serta Barat dan Kalimantan Selatan.


"Pembuat keputusan dan orang ramai di Jakarta tidak mengalami pendedahan sepanjang masa, selama berbulan-bulan, kepada udara menyesakkan yang menyengat mata - memaksa penduduk tinggal di dalam rumah, yang menyebabkan beberapa kawasan hampir menjadi lumpuh, tidak dapat tidak juga di Malaysia dan Singapura - di mana perlumbaan kereta Formula Satu dijadualkan pada hari Ahad (20 September).


"Seorang bayi dan seorang pelajar peringkat rendah sekolah tinggi meninggal dunia di Jambi selepas menerima rawatan bagi masalah pernafasan; ribuan yang lain memerlukan rawatan perubatan dan beberapa pelajar di Pontianak, Kalimantan Barat, pengsan di sekolah pada Rabu," tambahnya.


Ia menyatakan penduduk tempatan dan orang lain yang terlibat memerlukan bantuan segera daripada mana-mana pihak untuk menghentikan jerebu dan kebakaran degan segera.k


"Meminta bantuan jiran-jiran kita, pada mata mereka, ialah pekara paling kurang yang boleh dilakukan pemerintah sebagai langkah jangka pendek mendesak," tegas akhbar itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >