Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jalan sepanjang 25m runtuh di Johor, punca kejadian sedang disiasat

Jul 24, 2023 | 06:33 PM



ISKANDAR PUTERI: Jalan sepanjang 25m antara Forest City dan lebuh raya Tanjung Pelepas di Iskandar Puteri, Johor, runtuh pada Ahad.


Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Iskandar Puteri, Encik Hairulnizam Mohd Noh, berkata unitnya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 2.10 petang.

“Tujuh anggota bomba dikerah ke tempat kejadian dan sebaik tiba, mendapati kira-kira 25 meter jalan utama dan jambatan runtuh,” katanya dalam satu kenyataan.

“Sebaik sahaja kami mengesahkan kawasan itu selamat, kami menyerahkan perkara itu kepada polis untuk mengatur kawalan lalu lintas di kawasan itu,” katanya.

Penolong Pesuruhjaya Polis Iskandar Puteri Rahmat Ariffin mengesahkan kejadian itu dan berkata tiada kecederaan dilaporkan.

Dalam satu kenyataan, pemaju Country Garden Pacificview berkata pekerja projek Forest City dan kakitangan teknikal yang berkaitan bergegas ke tempat kejadian untuk tindakan kecemasan.

“Forest City segera menghubungi jabatan kerajaan yang berkaitan untuk siasatan punca kejadian itu,” katanya.

Menurut kenyataan itu lagi, pihak pemaju akan menjalankan pemeriksaan menyeluruh ke atas keseluruhan jambatan dan secara aktif bekerjasama dengan jabatan kerajaan “untuk menjalankan tindakan dan prosedur yang perlu bagi memastikan keselamatan pengguna”.

Perkembangan mengenai perkara itu, termasuk pemulihan pembinaan, akan disiarkan pada akaun media sosial rasmi Forest City. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >