Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘Janji’ dana Zahid bagi Terengganu timbulkan kontroversi rasuah

Jul 30, 2023 | 05:34 PM



KUALA TERENGGANU: Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada Jumaat berhubung peruntukan lebih setengah juta ringgit di Terengganu telah menimbulkan tengkarah di kalangan ahli politik.


Ada yang menganggap kenyataan Datuk Zahid, yang juga  Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, berhubung peruntukan membabitkan Persatuan Belia Gabungan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) berjumlah RM100,000 ($29,228), selain RM250,000 untuk Majlis Belia Terengganu (MBM) sebagai sogokan pilihan raya.

Datuk Ahmad Zahid dalam ucapannya mengenakan syarat dengan menyatakan jumlah peruntukan ini akan dinaikkan jika parti beliau menang pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang menjelang ini semasa berkempen di hadapan belia yang hadir mengenakan pakaian merah-biru, yang merujuk kepada gabungan parti kerajaan dalam pilihan raya kali ini.

Pengumuman sehari sebelum penamaan calon PRN pada Jumaat itu dipersoalkan pelbagai pihak memandangkan ia diumumkan ketika menjelang PRN enam negeri.

“Peruntukan khas kepada tiga badan sosial di Terengganu dan bukan untuk semua badan seumpama itu di seluruh negara melanggar prinsip ‘tidak berkempen’ manakala kenyataan yang mengaitkan jumlah peruntukan kepada kemenangan PRN terang-terang melanggar prinsip ‘tidak bersyarat’,” kata Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih).

Pada Ahad, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyifatkan pemberian geran bernilai RM350,000 oleh Kerajaan Persekutuan kepada belia Terengganu adalah tidak menyalahi undang-undang atau berunsur rasuah.

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata sebagai sebuah kerajaan yang mentadbir negara, ia berhak untuk memberi insentif yang difikirkan wajar untuk rakyat.

Katanya, beliau merasakan tiada isu boleh dikaitkan dengan pemberian geran berkenaan kerana ia adalah satu inisiatif daripada kerajaan.

“Jadi kalau inisiatif peruntukan ini sudah diluluskan oleh kerajaan, ia tiada unsur rasuah,” katanya seperti dilaporkan sebuah portal berita.

Selain sumbangan kepada gabungan belia Ketengah dan MBM Terengganu, Datuk Ahmad Zahid juga mengumumkan bantuan RM200,000 kepada kelab bermotosikal di negeri itu.

Pada majlis itu, Datuk Ahmad Zahid dilaporkan berkata: “Untuk Majlis Belia Negeri Terengganu saya luluskan RM250,000. Untuk pasukan bermotosikal seluruh negeri Terengganu saya berikan peruntukan sebanyak RM200,000 untuk seluruh motosikal di negeri Terengganu.

“Itu baru saya, lepas ini PM (Perdana Menteri) naik, dia akan top up (tambah), akan tambah, asalkan pada 12 Ogos nanti, para belia mengikut gelombang biru dan gelombang merah yang ada di negeri Terengganu boleh?,” ujar Datuk Ahmad Zahid.


Terengganu adalah antara enam negeri yang akan mengadakan PRN selain Selangor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Kedah dan Kelantan.

Presiden Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, menuduh Datuk Ahmad Zahid cuba “menormalkan rasuah”, namun dakwaan itu ditepis Datuk Ahmad Zahid.

PAS terdahulu menzahirkan rasa kecewa terhadap SPRM yang tidak memberi sebarang reaksi terhadap pengumuman pemberian geran itu yang didakwa satu bentuk cubaan merasuah.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man, mendakwa biarpun pelbagai pihak meluahkan kemarahan dan kekecewaan di media sosial atas ucapan Datuk Ahmad Zahid itu, namun SPRM belum mengeluarkan sebarang maklum balas, sekali gus berbeza daripada kenyataan segera agensi itu apabila melibatkan pihak pembangkang.

Pada Sabtu, Bersih menggesa Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, tidak menyalahgunakan kuasa dan membelakangi amanah dalam sebarang pengumuman dasar serta peruntukan daripada kementerian dan agensi Persekutuan sepanjang tempoh PRN.

Dalam kenyataannya, Bersih meminta kerajaan mematuhi larangan 3C iaitu tidak bersyarat (no condition), tidak berkempen (no campaign) dan tidak membawa calon (no candidate), seperti disarankan badan itu di enam negeri yang berdepan PRN. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >