Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jawatan perdana menteri Thailand jadi buruan

May 01, 2023 | 06:00 PM



BANGKOK: Medan perlumbaan untuk menjadi perdana menteri Thailand agak penuh sesak dengan ramai calon mahu bersaing bagi merebut jawatan itu.


Namun pertarungan sengit dijangka terutamanya antara penyandang perdana menteri, Encik Prayut Chan-o-cha, dengan Cik Paetongtarn Shinawatra, seorang ahli politik muda daripada keluarga Shinawatra yang terkenal.


Pertandingan antara mereka menetapkan rentak pilihan raya umum Thailand yang dijadual tidak lama lagi – 14 Mei – dan dilihat sebagai pertandingan antara kumpulan prokerajaan sedia ada yang disokong tentera dengan kem prodemokrasi parti pembangkang.


Lebih 60 parti telah mendaftar calon mereka bagi pilihan raya ke Dewan Rakyat yang mempunyai 500 kerusi, di mana 400 ahli parlimen (AP) akan dipilih rakyat dan bakinya akan dilantik menggunakan sistem perwakilan berkadar.


Penggubal undang-undang ini, bersama 250 ahli Senat, akan memutuskan siapa yang akan menjadi perdana menteri ke-30 Thailand.


Memandangkan Senat dipenuhi dengan sekutu kerajaan semasa, parti Pheu Thai pimpinan Cik Paetongtarn memerlukan sekurang-kurangnya 376 kerusi melalui sokongan sekutu untuk menyokong calon mereka menjadi perdana menteri. 


Baca laporan penuh di akhbar Berita Harian pada Selasa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >