KUALA LUMPUR: Saksi runtuhan sebuah jejambat yang dalam pembinaan berhampiran Apartmen Abdullah Hukum di Jalan Bangsar petang kelmarin memberitahu kawasan tapak pembinaan itu secara tiba-tiba bergegar dan bergoyang sebelum struktur itu runtuh.
Seorang pekerja warga Vietnam dikenali sebagai Atang, 39 tahun, berkata keadaan itu menyebabkan pekerja bertempiaran lari menyelamatkan diri termasuk beliau.