JAKARTA: Pemerintah Indonesia menetapkan harga pakej haji ke Tanah Suci bagi ibadah haji tahun ini sebanyak 34.890 juta rupiah ($3,660), termasuk tambang, naik 0.25 peratus berbanding tahun lalu.
Media dalam talian memetik Ketua Komisi VIII Dewan Perwakilan Rakyat, Encik Ali Taher Parasong, berkata antara faktor kenaikan kos itu ialah kejatuhan nilai wang rupiah berbanding dolar Amerika dan kenaikan harga bahan api pesawat.