Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jenazah 'Ummu Jah' selamat dikebumikan

Oct 23, 2015 | 02:18 PM



ALOR STAR (Kedah): Isteri kepada pengasas pergerakan Al-Arqam, Allahyarham Ashaari Muhammad, Allahyarhamha Hatijah Aam, yang meninggal dunia kira-kira pukul 7.45 malam semalam di sebuah pusat perubatan swasta telah selamat dikebumikan.


Allahyarhamha yang lebih dikenali sebagai 'Ummu Jah', 62 tahun, dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Putat pada 10.20 pagi tadi.


Menurut laporan media tempatan hari ini, 'Ummu Jah', yang juga Pengerusi Global Ikhwan Sdn Bhd, dilaporkan mengalami kematian otak dan terpaksa bergantung kepada mesin bantuan pernafasan.


Difahamkan, Allahyarhamha dimasukkan ke hospital swasta itu sejak 16 Oktober selepas pulang daripada lawatan ke luar negara atas urusan kerja.


Pada November 2013, Allahyarhamha telah mengetuai 300 pengikut kumpulan itu melafazkan taubat kerana melanggar arahan mufti yang mengharamkan ajaran kumpulan itu dalam satu majlis anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sini.


Beliau melafazkan taubat itu dan menandatangani dokumen pengisytiharan taubat di hadapan Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan, Tan Sri Abdul Shukur Hussein; Timbalan Mufti Jabatan Mufti Selangor, Datuk Abdul Majid Omar; dan, Pengarah Jais, Datuk Marzuki Hussin.


Turut hadir ketika itu ialah Ketua Polis Selangor Datuk Mohd Shukri Dahlan.


"Wallahi, wabillahi, watallahi...bahawasanya kami bertaubat dengan taubat sebenar dan menyesal dengan perbuatan kami...taubat kami hanyalah kerana tuntutan taubat itu sendiri, bukan satu helah untuk lari daripada isu sebenar dan tindakan undang-undang yang akan kami hadapi," antara lafaz taubat wanita yang lebih mesra dengan panggilan 'Ummu Jah' itu.


Dalam lafaz taubat berkenaan, Ummu Jah turut berjanji tidak akan mengulangi perbuatan tersebut dan tidak akan memberi peluang untuk fahaman itu dihidupkan semula. - Astro Awani




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >