Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:06
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jeneral antara 88 suspek penyeludup manusia diheret ke mahkamah Thai

Nov 11, 2015 | 11:09 AM



ENAM bulan selepas kubur beramai-ramai ditemui di sempadan Thailand-Malaysia, 88 suspek penyeludupan manusia diheret ke mahkamah di Bangkok pada Semasa (10 Nov) untuk mendengar panel tujuh hakim memperincikan tuduhan yang mereka hadapi.


Kes itu, membabitkan seorang jeneral tiga bintang dan seorang ahli perniagaan berpengaruh dari selatan Thailand, dijangka mengambil masa lebih setahun untuk diselesaikan.


Ugutan ke atas saksi mendorong pihak berkuasa memindahkan perbicaraan dari selatan Thailand ke Bangkok.


Aktivis pendatang bimbang senarai lebih 400 saksi boleh dikecutkan oleh rasuah atau ancaman berterusan ke atas keselamatan mereka.


Tertuduh paling berprofil tinggi, Leftenan-Jeneral Manas Kongpan, tidak menunjukkan sembarang perasaan ketika dibawa masuk bersama suspek lain dalam pakaian coklat penjara dan dengan pergelangan tangan serta kaki mereka dirantai.


Manas dituduh menjadi orang penting dalam kegiatan penyeludupan manusia itu tetapi berkeras menyatakan dia tidak bersalah.


Sekurang-kurangnya empat anggota tentera lain dituduh bersubahat dalam penyeludupan manusia, begitu juga beberapa pegawai polis dan bekas pengerusi pertubuhan pentadbiran wilayah Satun, Pajjuban Angchotephan.


Turut berada dia mahkamah ialah ketua penyiasat polis, Mejar Jeneral Paween Pongsirin, yang meletak jawatan Sabtu lalu kerana dipindahkan ke wilayah selatan Thailand dan bimbang beliau akan terdedah kepada risiko dibunuh oleh kumpulan penyeludup manusia untuk balas dendam.


Satu krisis penghijrahan Mei lalu, melibatkan umat Islam Rohingya dari Myanmar dan Bangladesh, membawa tumpuan perhatian dunia kepada rangkaian haram yang terlibat dalam kegiatan perdagangan manusia bernilai jutaan dolar di rantau ini.


Setiap tahun, beribu-ribu pendatang dan pencari suaka menaiki bot penyeludup menuju ke Malaysia untuk mencari pekerjaan. Bagaimanapun, mereka sering menjadi mangsa penyeludup manusia dan dijadikan tebusan di kem jauh di dalam hutan di sempadan.


Selepas penemuan kubur beramai-ramai di bahagian Thailand dekat sempadan Thailand-Malaysia, para pegawai Malaysia menemui kubur serupa di negara itu.


Tindakan keras kerajaan Thai kemudian memaksa penyeludup meninggalkan para pendatang itu di laut, mewujudkan krisis kemanusiaan. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >