Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jeneral AS: ISIS mungkin lancar lebih banyak serangan sedang ia kian kalah di Iraq dan Syria

Jan 15, 2016 | 12:36 PM



WASHINGTON: Kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) mungkin meningkatkan tempo serangan di seluruh dunia kerana mereka kini di bawah tekanan meningkat di Iraq dan Syria, seorang jeneral Amerika Syarikat memberi amaran pada Khamis (14 Jan).


Jeneral Lloyd Austin, yang kini mengetuai Pusat Pemerintah (CENTCOM) tentera yang menyelia operasi Timur Tengah, berhujah bahawa serangan baru-baru ini yang ISIS dakwa dilakukannya, seperti di Istanbul dan Jakarta minggu ini, sebenarnya bukti bahawa kumpulan itu semakin goyah.


"ISIL telah mengambil kedudukan pertahanan di Iraq dan Syria," katanya dalam satu sidang media di Florida, merujuk kepada satu lagi nama ISIS.


"Kita boleh menjangka melihat ia semakin bergantung pada tindakan pengganasan seperti yang kita lihat minggu ini di Baghdad dan di Turkeyi, dan yang paling baru di Jakarta," katanya.


ISIS, yang merampas kawasan luas Iraq dan Syria pada 2014 dan 2015 dan menawan rentetan bandar, mengalami kekalahan baru-baru ini di seluruh kawasan yang dikuasainya, termasuk kehilangan bandar utama Ramadi di Iraq ke[ada angkatan tempatan yang disokong Amerika.


Satu perikatan pimpinan Amerika juga telah memusnahkan infrastruktur minyak kumpulan itu, termasuk dengan meletupkan beratus-ratus trak yang digunakan untuk mengangkut minyak mentah haram sekitar Syria, dan mengebom minggu ini kemudahan kewangannya di bandar Mosul di Iraq.


Para pegawai AS berkata kemudahan itu menyimpan berjuta-juta dolar wang tunai ISIS.


Jeneral Austin berkata ISIS telah meningkat tindakan di luar negara bagi mengalihkan perhatian daripada kekalahannya.


"Adalah penting memahami bahawa tindakan pengganasan itu tidak bermakna ISIL semakin kuat.


"ISIL secara semula jadi ialah sebuah pertubuhan pengganas dan dengan melancarkan serangan-serangan itu, ia cuba memaparkan imej kebal di tengah-tengah kekalahan. Jadi, keseluruhannya kita sedang mencapai kemajuan," kata beliau. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >