WASHINGTON: Amerika Syarikat berkata usaha untuk memerangi kumpulan militan Negara Islam (IS) di Iraq dan Syria mungkin mengambil tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun selepas misi ketenteraan bersama sekutu mereka dilancarkan September lalu.
Kenyataan itu dikeluarkan pegawai kanan tentera Amerika, Leftenan Jeneral James Terry, ketika memberi taklimat mengenai perkembangan operasi ketenteraan itu di Pentagon, Khamis lalu.