Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jepun, China usaha baiki hubungan dalam pertemuan spontan di sidang Apec

Nov 21, 2016 | 12:25 PM



LIMA: Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, memberitahu Presiden China, Encik Xi Jinping, beliau berhasrat memperbaiki hubungan dengan China dengan memanfaatkan ulang tahun utama berkaitan hubungan dua hala sepanjang beberapa tahun akan datang, kata seorang jurucakap kerajaan Jepun.



Dua pemimpin itu mengadakan perbincangan spontan pada Ahad (21 Nov) semasa menghadiri sidang puncak Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Lima, ibu kota Peru.



Encik Abe memberitahu Encik Xi beliau ingin membaiki hubungan secara menyeluruh dengan tumpuan pada ulang tahun ke-45 pemulihan hubungan diplomatik tahun depan dan ulang tahun ke-40 perjanjiaan keamanan dan persahabatan Jepun-China pada 2018, kata jurucakap itu.



Kementerian Luar China berkata rundingan ringkas itu diadakan atas permintaan pihak Jepun.



"Presiden Xi Jinping menyatakan dengan jelas pendirian berprinsip China dalam membangunkan hubungan China-Jepun," kata kementerian itu, tanpa mengulas lanjut.



Hubungan antara China dan Jepun, ekonomi kedua dan ketiga terbesar dunia, telah lama tegang disebabkan pertikaian wilayah. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >