Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Jepun hulur bantuan kemanusiaan tambahan AS$65j kepada Palestin

Nov 04, 2023 | 02:12 PM



TOKYO: Jepun akan menyediakan bantuan kemanusiaan tambahan AS$65 juta ($88 juta) kepada rakyat Palestin dek keprihatinan konflik di Gaza, kata Menteri Luar Jepun, Cik Yoko Kamikawa, semasa lawatan ke Israel dan Jordan pada Jumaat.


Bercakap kepada media di Jordan selepas bertemu Menteri Luar Israel, Encik Eli Cohen, dan rakan sejawatannya dari Palestin, Encik Riyad al-Maliki, Cik Kamikawa juga berkata Jepun merancang untuk menghantar barangan keperluan kepada Gaza yang dilanda perang.

“Penting bagi Israel dan Palestin hidup bersama secara aman untuk mengelakkan berulangnya satu lagi tindakan keganasan yang tragik,” kata Cik Kamikawa.

Tambahnya, beliau telah menyampaikan sokongan berterusan Jepun bagi huraian dua negara kepada kedua-dua Encik Cohen dan Encik Maliki.

Lawatan itu dilakukan beberapa hari sebelum Jepun dijadual menjadi tuan rumah kepada menteri luar Kumpulan Negara G7 di Tokyo sedang krisis di Gaza semakin meruncing, dengan Israel menolak seruan gencatan senjata dan ketua kumpulan Hezbollah yang disokong Iran di Lebanon memberi amaran kemungkinan konflik merebak ke kawasan jiran.

Cik Kamikawa tidak mengulas sama ada serangan Israel ke atas Gaza berada dalam batasan undang-undang antarabangsa, tetapi berkata pelaku mesti mematuhi semangat melindungi hak asasi manusia dan tidak menyebabkan kematian orang awam yang tidak perlu. – Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >